SARA adalah program lanjutan daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi. Program sumbangan ini bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan di bawah Belanjawan 2026. Baki kredit SARA boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya.
Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 secara one-off mulai 9 Februari 2026.
Penerima STR 2026 yang telah disahkan daripada data Miskin Tegar dan Miskin eKasih layak SARA 2026 berjumlah RM100 / RM200 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2026 - Disember 2026).
Semua penerima STR 2026 selain Miskin dan Miskin Tegar eKasih turut layak menerima kadar tambahan SARA 2026 berjumlah RM50 / RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2026 - Disember 2026).
Penerima SARA 2026 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan boleh dibeli di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
Rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas layak secara automatik. Ini juga termasuk bagi penerima SARA yang sedia ada.
Barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan boleh dibeli di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
Tiada permohonan diperlukan.
Tiada permohonan diperlukan.
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk membaca Soalan Lazim (FAQ).
Akan dikemaskini.
Meliputi lebih 100,000 barangan asas tersedia di seluruh negara.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Suspendisse varius enim in eros elementum tristique. Duis cursus, mi quis viverra ornare, eros dolor interdum nulla, ut commodo diam libero vitae erat. Aenean faucibus nibh et justo cursus id rutrum lorem imperdiet. Nunc ut sem vitae risus tristique posuere.
Pembelian SARA boleh dibuat sepanjang tahun dan baki setiap bulan dibawa ke bulan seterusnya.

Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.

Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.

Juruwang mengimbas setiap barang yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.

Penerima bantuan membuat bayaran menggunakan MyKad untuk mengesahkan transaksi pembelian.

Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.